Rewrite adalah
novel visual Jepun yang dibangunkan oleh
Key, salah sebuah jenama dibawah
VisualArt's . Ia dikeluarkan pada 24 Jun 2011 untuk
PC Windows dan dinilai untuk semua peringkat umur. Rewrite adalah permainan kesembilan Key. Key mengeluarkan cakera peminat untuk mengembangkan cerita permainan yang bertajuk Rewrite Harvest festa! pada 27 Julai 2012 untuk Windows. Rewrite telah
dialih pasarkan ke
PlayStation Portable,
PlayStation Vita,
PlayStation 3 dan
PlayStation 4, manakala Harvest festa! telah dialih pasarkan ke PlayStation Vita. Versi Bahasa Inggeris Rewrite untuk Windows telah dikeluarkan oleh Sekai Project pada tahun 2021; mereka juga akan mengeluarkan judul Harvest festa! dalam Bahasa Inggeris. Permainan ini mengisahkan kehidupan Kotarou Tennouji, seorang pelajar sekolah tinggi dengan kebolehan luar biasanya yang menyiasat misteri ghaib bersama lima gadis dari sekolahnya di bandar fiksyen Kazamatsuri. Akhirnya ini membawa mereka ke tengah-tengah kancah konflik antara penyeru gimbaran dan manusia luarbiasa dengan takdir dunia menjadi taruhan.
Tatamainan Rewrite adalah mengikut garis plot bercabang
interaktif dengan pelbagai senario, dan memfokuskan pada
watak pemain yang meraih minat dari enam watak utama perempuan. Terdapat permainan mini tambahan dan tugasan ditambah yang banyaknya diperlukan untuk melengkapkan permainan ini. Permainan ini mencatat rekod sebagai permainan PC terlaris yang dijual di Jepun pada tahun keluarannya, dan berada dalam senarai jualan 50 teratas Jepun dua tahun lagi selepas itu. Terdapat lima adaptasi
manga Rewrite yang diterbitkan oleh
ASCII Media Works dan Ichijinsha . Antologi komik,
novel ringan dan buku koleksi seni turut diterbitkan, begitu juga dengan beberapa album muzik. Adaptasi siri televisyen
anime 24 episod, diterbitkan oleh studio
Eight Bit dan diarahkan oleh Motoki Tanaka disiarkan antara Julai 2016 dan Mac 2017.